Sunday 10 April 2016

Cara Mengatasi tangki radiator kereta bocor/ leaking (Temporary)

Apa itu Radiator?

Radiator adalah alat penukar panas yang digunakan untuk memindahkan energi panas dari satu medium ke medium lainnya yang tujuannya untuk mendinginkan maupun memanaskan. Bagi sesebuah kereta ianya amat penting bagi mengekalkan suhu yang optimum

Masalah Jika Radiator bocor/leaking

Apabila radiator sudah mengalami bocor, suhu enjin akan meningkat sehingga boleh menyebabkan head gasket rosak serta jika teruk lagi akan merosakkan bahagian dalaman enjin terutama dibahagian head.

Bagaimana Mengatasi?

Secara umumnya anda boleh pergi ke kedai sparepart untuk membeli yang baru atau cari secondhand di kedai potong(halfcut). Ataupun anda boleh menukar radiator cap(penutup radiator plastik) antara atas atau bawah yang bocor. TETAPI bagaimana jika anda mengalami masalah ketika malam hari dan harus meneruskan perjalanan. haaa..kat sini saya ingin kongsi pengalaman saya sendiri ketika mengalami masalah ini. Percayakah anda jika saya katakan telur ayam boleh seal(menutup) tempat di mana kebocoran radiator berlaku. Bunyi agak kelakar tapi ini hakikat :)

Cara menutup kebocoran radiator

Semasa enjin dalam keadaan mati dan suhu tidak terlampau sejuk dan tidak terlampau panas, anda pecahkan telur dan masukkan ke dalam tangki radiator seperti gambar yang ditunjukkan di bawah, kemudian anda mula menghidupkan enjin kereta lalu menuang dan tambah lagi air di dalam tangki radiator sehingga penuh. Anda akan nampak tempat berlakunnya kebocoran itu sudah mula tidak keluar air. Jumlah telur yang perlu diletakkan tidak banyak hanya 1 atau 2 biji bergantung kepada kebocoran. Jika kebocoran besar atau kuat boleh la pecahkan 2 biji telur. Walau bagaimanapun teknik ini hanya boleh menahan kebocoran sehingga 1 hari maksimum, Selepas itu anda perlulah menukarkan radiator baru. Nah!!! da jimat duit tak payah towing kereta.
Jadi, selepas ni kalau nk jalan jauh tu standby lah telur dan air yang banyak. Kot kot lapar boleh masak sekali telur hehehe. 
Satu lagi tips, cari la perhentian yang ade petron kerana petron ada menjual telur semua. Harga rm3.60 untuk 6 biji. yee memang mahal tapi kalau da emergency nak buat macam mana kan huhuhu.





Jom SHARE kan post ni agar bermanfaat bagi semua orang. kot kot mana la tau kawan korang tengah mengalami masalah ni. Thnks sudi baca!!! 

8 comments: